Friday, 28 June 2013

mari belajar mengenai rumpai laut



Rumpai Laut Kering / Dried Seaweed Eucheuma cottonii / Tambalang coklat hijau

Rumpai Laut Gred AAA => Ungu / Violet / Coklat

*pengeringan cara angin panas / hotwind
*warna asal / basah segar adalah coklat merah sebelum proses pengeringan
*pertukaran warna adalah berperingkat2 / berfasa

Fasa 1
*warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet
*warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan antioksidanya adalah pada tahap tinggi
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 30 hari atau lebih



Fasa 2 & 3
*warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet akan bertukar sepenuhnya
  kepada violet kemerahan dan coklat muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 3 bulan atau lebih



Fasa 4 & 5
*warna daripada violet kemerahan dan coklat muda dari fasa 2 & 3 akan
  bertukar ke coklat dan coklat gelap
*warna atau peringkat akhir ini dikatakan bahawa ia mempunyai kadar serat yang tinggi
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 3 - 4 bulan hingga 1 tahun

Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu
eucheuma cottonii / Tambalang red brown. Sistem pengeringan rumpai laut kering
yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang hampir
menyamai asal dalam 80 - 90% dari rumpai laut segar.
  Warnanya bertukar dari fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.


Rumpai Laut Gred A => Putih / Kuning muda / Coklat muda / Kuning Emas

*pengeringan cara pengewapan / steam
*warna asal / basah segar adalah coklat  hijau sebelum proses pengeringan



Fasa 1
*warna permulaan kering adalah putih sedikit kekuningan
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 7 hari atau lebih




Fasa 2
*warna bertukar ke kuning muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih



Fasa 3
*warna bertukar ke coklat  muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 bulan - 5 bulan


Fasa 4
*warna bertukar ke kuning emas
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 5 bulan - 1 tahun lebih



 Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu
eucheuma cottonii / Tambalang brown green. Sistem pengeringan rumpai laut
yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang kurang dari
rumpai laut kering gred AAA. kemungkinan 60- 70% dari rumpai laut segar
  Warna bertukar berperingkat - peringkat  / fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.



No comments:

Post a Comment