Friday, 28 June 2013

Cara membuat puding rumpai laut (kolagen)

muat turun eBook secara percuma [klik sini]

Puding? Jeli? Agar2? Lebih kurang sama saja. Tapi apa itu Puding Rumpai Laut? Lebih dikenali sebagai Kolagen.

Gambar atas merupakan rumpai laut yang telah dikeringkan. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai, jika rumpai laut berwarna ungu, ianya gred AAA. kiranya kualiti paling OK. Memandangkan kebetulan aku bercuti di rumah mertuaku di Tawau, Sabah baru2 ini, terus aku sambar 10kg!

Berbalik kepada topik kali ini, nak jadikan rumpai laut sebagai puding ini tak sesukar mana pun. nak kata senang pun tak. hehehe... yang pertama, kena cuci rumpai laut tu terlebih dahulu. berapa kali cuci? cuci sampai yakin ianya bersih. kalau air dah agak jernih, kira bersih dah. tapi jangan sampai banyak kali, nanti hilang pulak khasiatnya. yang penting nak buang kesan garam laut yang melekat kat rumpai laut. maklumlah, sumber pun dari laut. nak cuci lebih kurang macam cuci beras, ramas2 dengan jari :D hehehe...

bila dah bersih, kena rendam semalaman. biar lembut sikit rumpat laut. yang penting lepas rendam akan kembang semangkuk.

masa kering ia mengecut, bila dah lepas kena rendam, ia membesar bagaikan johan! hehehe...


bila dah kembang semangkuk, bolehlah dimasak (rebus). sebelum itu, toskan rendaman rumpai laut tadi. air yang telah ditoskan jangan dibuang begitu saja. yang agak² belendir boleh disapu terus ke kulit muka. dan biarkan sampai kering. macam pakai mask :D

berbalik kepada cara masak rumpai laut, apa yang diperlukan sejumlah air dalam kuantiti yang boleh dikatakan agak sebati dengan jumlah rumpai laut yang direndam tadi. yang penting  hasilnya tidak terlalu pejal dan tidak terlalu cair. siapa yang ada pengalaman buat puding atau agar-agar, mesti tahu macam mana sukatannya. masuk air sikit² pun OK. bila rasa agak pejal, tak perlu tambah air lagi.


rebus rumpai laut dalam air dengan kepanasan yang sederhana. jangan kuat sangat api. perlahan pun ok. lebih kurang dalam sejam juga kalau api sederhana panas. sepanjang proses rebusan, kacau rumpai laut sampai cair dan sebati dengan air. memandangkan proses mengacau rumpai laut berterusan, kena pakai glove :p tak tahan panas woooo....


sambil mengacau, sekali sekala tengok juga dah cair ke belum rumpai laut tadi tu.


bila dah hampir pekat, sila tutup api. nanti kering pula. pastikan jangan tutup habis selepas rebus. bimbang akan melimpah keluar macam gambar di atas. tak pasal² tinggal separuh :p


tutuplah dengan benda yang ada lubang udara :D tak tutup pun OK. tapi untuk elakkan benda² yang tak sepatutnya masuk ke dalam. biarkan ianya sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk. jangan simpan bahagian atas (sejuk beku).


bila dah sejuk, simpan cecair rumpai laut tadi ke dalam satu bekas dan tutup. contohnya, aku menggunakan bekas aiskrim. bila nampak aiskrim semangant sikit nak makan walaupun di dalamnya adalah puding rumpai laut. anggap saja motivasi diri. hehehe....


berapa lama nak simpan dalam peti sejuk? ikut suka hati asalkan hasilnya seperti gambar di atas. PUDING RUMPAI LAUT! enak dimakan begitu saja :p ada bran ke? hehehe... sukatan untuk makan tak perlu banyak pun tak mengapa. sekurang²nya satu sudu besar. nak lebih pun OK kalau tahan :p kalau tak tahan, standby air manis untuk cover balik rasa rumpai laut. bukan semua orang suka rasa & bau rumpai laut nie. ada yang menggunakan air asam jawa dan juga daun pandan ketika membersihkan rumpai laut untuk menghilangkan bau. tapi aku lebih suka yang asli, tanpa apa-apa campuran :D selain dijadikan sebagai makanan tambahan, puding ini juga boleh dibuat masker? caranya, ambil sudu kecil puding rumpai laut dan lumatkan atas tapak tangan. kemudian sapukan pada kulit muka dan juga leher. nak sapu satu  badan pun OK kalau sanggup. nak lebih berkesan, wapkan dulu muka bagi terbuka sikit liang roma (pori) supaya memudahkan lagi kolagen meresap ke dalam kulit muka :D biarkan sampai kering kemudian bilas. kalau nak cuci muka dengan pembersih, pastikan dilakukan sebelum sapu masker tadi. cara pengambilan: makan sekurang2nya dua kali sehari iaitu awal pagi (sebelum gosok gigi) dan sebelum tidur (sebelum gosok gigi). kenapa sebelum  gosok gigi? sebab tak mulut berbau rumpai laut ;) untuk masker, terpulang pada diri sendiri nak pakai bila.


untuk kuantiti 100 gram rumpai laut kering, boleh bertahan sekurang²nya sebulan untuk seorang penggunaan.  berapa banyak 100 gram? boleh tengok gambar di atas. bila dah kembang lepas rendam, ia akan menjadi banyak.


nak beli? harga setiap 100 gram adalah RM25 sahaja. sukatan yang digunakan untuk masak diatas adalah 50gram. so, boleh dapat 1 bekas aiskrim. kalau nak masak 100 gram, perlukan bekas yang besar sikit dan hasilnya 2 bekas ais krim. tiada kos penghantaran yang dikenakan.HANYA UNTUK SEMENANJUNG SAHAJA. jika berminat, sila klik menu PEMBELIAN di atas dan isi maklumat pesanan di dalam borang yang disediakan. terima kasih.

No comments:

Post a Comment